Memecoin $Trump tengah buat bilion, tapi macam tuannya, asyik naik turun tak tentu hala!

1–2 minutes

Pasaran menjangkakan arahan eksekutif menyokong sektor aset digital, tetapi Trump fokus pada isu seperti imigresen, perdagangan, tenaga, dan TikTok pada hari pertama di pejabat. Harga Bitcoin, yang sebelum ini mencecah kemuncak $109,241 (RM500,000) sebelum pelantikannya, jatuh kembali ke $102,400 (RM470,000) pada Selasa di Singapura. Aset digital lain turut mengalami turun naik.

“Masih terlalu awal untuk buat kesimpulan besar hanya sebab tiada arahan segera,” kata Richard Galvin, pengasas bersama hedge fund DACM. “Pasaran nampak tenang, menunjukkan pelabur yakin pada hala tuju jangka panjang.”

Token Trump dan Melania

Sebelum perasmian, Trump dan Melania melancarkan memecoin yang menggegarkan pasaran dengan mengalihkan aliran pelaburan. Walaupun begitu, pelabur percaya langkah ini memberi insentif kepada Trump untuk melaksanakan polisi mesra kripto. Bloomberg melaporkan Trump mungkin mempertimbang arahan eksekutif untuk menjadikan aset digital sebagai “keutamaan negara.”

sumber: ndtv

Trump pernah mengkritik Bitcoin sebagai penipuan, tetapi kini berjanji menjadikan AS sebagai pusat kripto dunia. Beliau turut menyokong idea membina simpanan strategik Bitcoin. Walaupun ketiadaan arahan segera memuji kripto mengejutkan ramai, penganalisis Jaret Seiberg dari TD Cowen menjangkakan arahan tersebut akan hadir, walaupun mungkin tidak begitu besar impaknya.

Token Trump kini didagangkan pada $34 (RM150), menurut CoinMarketCap. Nilainya pernah mencapai lebih $15 bilion (RM70 bilion) pada Ahad, tetapi jatuh bawah $7 bilion (RM32 bilion) pada Selasa.

Kritikan Memecoin

Memecoin Trump dan Melania mendapat kritikan kerana dikhuatiri membuat industri kripto kelihatan tidak serius. Namun, ada juga yang berpendapat ia melonjakkan momentum Bitcoin. Ben El-Baz dari HashKey Global menyatakan pelancaran token ini menunjukkan komitmen Trump terhadap industri kripto.

Memecoin terkenal dengan nilai intrinsik yang diragui dan turun naik harga yang tinggi. Nilainya bergantung pada trend media sosial dan boleh merosot secepat ia naik.

80% daripada token Trump dimiliki oleh entiti berkaitan Trump, CIC Digital LLC, dan Fight Fight Fight LLC, dengan pegangan yang akan dibuka secara berperingkat selama tiga tahun. Nama entiti ini diinspirasikan dari ungkapan Trump semasa insiden kempen yang hampir mencederakannya.