Harga Bitcoin Cecah $100,000 Buat Pertama Kali pada 2025

1–2 minutes

Bitcoin, mata wang kripto paling bernilai di dunia, mencatat rekod baharu apabila harganya melampaui $100,000, dipacu oleh jangkaan pelantikan Presiden-Elekt Donald Trump.

Menurut data Coinbase dari TradingView, Bitcoin kini berada pada paras $102,700, meningkat sekitar 4% dalam tempoh kurang dari 24 jam selepas diperdagangkan di bawah $99,000 pada awal hari.

Menariknya, aset digital ini yang mencatat paras tertinggi sepanjang masa melebihi $108,000 pada 24 Disember, memulakan beberapa hari pertama tahun ini di bawah tahap psikologi penting $100,000.

Fenomena “Trump Rally”
Bila ditanya apa yang mendorong lonjakan harga Bitcoin, ramai penganalisis mengaitkannya dengan perubahan rejim yang akan berlaku dalam masa dua minggu, serta jangkaan dasar mesra kripto.

“Pada pandangan saya, harga Bitcoin naik sebab orang excited – ini Isnin pertama 2025, dan kita makin dekat dengan presiden yang pro-kripto, plus Gary Gensler dah letak jawatan,” kata Wendy O, seorang influencer TikTok terkenal.

Gensler, yang mengetuai Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) sejak 2021, dikenali kerana pendekatan agresifnya terhadap sektor kripto. Resign-nya beliau membawa harapan baru untuk dunia kripto!