Pemegang jangka panjang Ethereum (ETH) tunjukkan “diamond hands” lebih padu daripada Bitcoiners sepanjang 2024! Sepanjang tahun, jumlah pemegang jangka panjang ETH meningkat daripada 59% pada Januari ke 75% menjelang akhir Disember. Sebaliknya, pemegang Bitcoin (BTC) jangka panjang jatuh dari 70% ke 62%.
Menurut data dari IntoTheBlock dalam post X pada 30 Disember, pada akhir 2024, 75.1% pemegang ETH tahan lama berbanding hanya 62.3% untuk BTC. IntoTheBlock define pemegang jangka panjang sebagai mereka yang simpan aset lebih setahun.
Trend ini bukan sekadar angka; ia tunjuk keyakinan terhadap ETH semakin kukuh menjelang 2025, dengan ramai pelabur percaya masa depan ETH lebih cerah! 🚀💎
