Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 17 Ogos 2021 memberi pencerahan penting tentang penggunaan mata wang digital (cryptocurrency) dalam konteks Syariah. Ringkasan parameter utama yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Keputusan Utama
Harus untuk menjalankan urus niaga menggunakan mata wang digital jika memenuhi parameter berikut:
1. Guna Platform Sah
- Kalau nak buat transaksi crypto, kena guna platform pertukaran yang sah dan berlesen. Pastikan platform tu diluluskan & dikawal selia oleh pihak berkuasa.
2. Faham Betul-Betul Tentang Crypto
Korang wajib ada basic knowledge ni:
- Kenal jenis dan risiko mata wang digital. Jangan main beli je!
- Faham cara dapatkan & simpan crypto supaya tak kena scam atau hilang.
- Ikut rules platform yang berlesen, baca terms & conditions.
- Tahu undang-undang yang berkaitan dengan crypto, especially kat Malaysia.
3. Guna Crypto untuk Benda Halal Je
- Jangan guna crypto untuk benda haram macam beli dadah, berjudi, pelacuran, atau fund aktiviti tak baik.
- Pastikan transaksi korang ikut Syariah, tak support jenayah, atau money laundering.
Kesimpulan
Asalkan korang ikut semua syarat ni, guna crypto untuk urusan harian, simpanan, atau transfer duit memang dibenarkan dalam Islam. Yang penting, stay legit dan halal!
